fireworks

Wednesday, February 20, 2013

Cara Belajar Di Matrikulasi KPM #2

Assalamualaikum..
Sambung entry sebelum ini :3

Bagaimana cara pembelajaran di Matrikulasi KPM ni? Dan saya percaya lain matrik lain caranya, And for Kolej Matrikulasi Perak for Accounting...

Seperti yang ramai perkatakan, matrik's student ni suap.. suapp dan suap.. ye saya akui.. tapi kalau takde usaha sendiri pun takkan berjaya, kan?

Dan saya nak kongsikan bagaimana saya belajar di Matrikulasi eventhou saya bukan hebad sangat. Tapi alhamdulillah.. hmm 3.95 jugaklah. bukan nak jaja, tapi nak bagi orang percaya apa yg saya cakap ni.. kang kalau saya kata biase je... (3.0 lettuwww) (hmm 3lebih cukup mkn je lettuww) Then org tak percaya apa yg saya tulis ni. Kahkahkah! (apa aku merepek ni?) Tapi itulah kenyataannya, manusia nak pandang rendah atau tinggi seseorg tu senang sgt. Just judge the cover, then you will know the story of it. --" Maca, tu? Oh yeahh :P

Perkara wajib yg saya buat tiap2 hari di matrik :-

1) Mulakan hari dgn solat subuh (sepatutnya kene tahajud ye kwn2)

2) Start the days with zikrullah, AlMathurat :)

3) Breakfast jgn lupa! (kalau puasa, sahur!)

4) BUANG AIR BESAR! hahaha.. ni penting sgt..nak bg tumpuan kat kelas and dapat badan yg sihat :D

5) Focus dalam kelas. Jangan main phone kecuali kalau ngntuk sgt main la game ular :P #ehh

6) Kalau tak paham, jangan jadi bodoh dan sombong, kalau bodoh kenelah rajin bertanya, barulah berilmu!

7) Selalukan lah kaki tu panjat tangga utk ke bilik/cubicle pensyarah.

8) Lunch jgn lupa, nak energy kelas petang :)

9) Petang2 lepas asar baca almathurat jugak. almathurat pagi dan petang.

10) Jangan lupa riadah. (saya slalu jog and main badminton) So bila riadah petang, dapat energy nak study and siapkan tutor pada malam hari :)

11) Rajin2 lah ke masjid! :)

12) Lepas maghrib, sementara nak tggukan Isyak tu, manfaatkan masa dengan Tuhan. Kembali pada Allah. Baca Al-Quran, Solat Hajat lepas maghrib, solat taubat (bnyak dosa seharian dan dosa2 lepas)

13) Lepas solat Isyak bolehlah mulakan pembelajaran dengan sempurna insyaAllah

14) sebelum tidur, rajinkan baca al-mulk

15) Selamat Malam (^___^)

Okey?? Hehe.. ini ada lah perkongsian semata. :)
Harap dapat dimanfaatkan bersama
dan ini utk peringatan penulis juga yg semakin lalai -___-

Perkongsian kerana Allah
Lillahitaala, WASALAM ^___^

Sunday, February 17, 2013

Matrikulasi KPM

Assalamualaikum.

sekian lama saya tak update entry. And I think.. I should use saya because i am really awkward now to use penulis. A time comes and changed people :)

Rasanya adik-adik SPM sekalian tak lama lagi about a month keluar lah result SPM tu kan penduduk-penduduk SPM 2012 sekalian? (ecehh, common starting for a blogger) *kemain aku nak buat ayat macam ni* :D

So, let me share to you about Matrikulasi KPM.
Pada zaman saya, batch 2011/2012 ; terbahagi kepada EMPAT kumpulan (course/module).
For science student, ada 3 modul, we called as modul 1, modul 2, modul 3.

MODUL 1: Biology, Physics, Mathematics and Chemistry
MODUL 2: Physics, Mathematics, Computer Science, Chemistry
MODUL 3: Biology, Computer Science, Mathematics and Chemistry

So, apa yang dapat dilihat disini. science student wajib ambil Mathematics and Chemistry and cuma 2 subject lain yang menjadi pilihan.

For ACCOUNT STUDENT (saje caps lock) we have for subjects; perakaunan, ekonomi, pengurusan perniagaan and mathematics.
Dan untuk pengetahuan account student's subjects are in Bahasa Melayu except Mathematics :) (heaven right?)


Saya ditawarkan untuk modul 1 sains tetapi telah mendaki ke kawasan pejabat pentadbiran untuk proses penukaran -------->>> to be an accountancy student.

Sebab apa saya tukar? sebab minat la. so pesanan saya kepada adik-adik... pilih bidang ikut minat dan ikut kemampuan :D
"Tak takut ke tukar course?? Takde basics account?? OMGG,habuk pun takde?? Are you serius??? :3 "


Atoiiii, semua macam merundumkan je? tapi takpe. teruskan sahaja and i got okelah result :D
Okelah tu ok :D
OK means bagus good excellent maybe?? ecehhh takdelah.. just can say Alhamdulillah i got better than i expected :P

Ok, Hampir terlupa. My Matrikulasi is Kolej Matrikulasi Perak (KMPk) . kolej yang terletak agak pendalaman di Gopeng Perak. (kindly go through using Google Search)

Ok, apa yang menarik belajar di Matrikulasi KPM ini? i love sharing. ehehhe.. tapi untuk entry seterusnya.

Perkongsian lillahitaala :) Semoga Allah berkat.
Wasalam..

pssstt : Goodluck adik-adik :)


Monday, August 6, 2012

perubahan...suatu anjakan paradigma

jika anda seorang yang tidak mahu membuat satu loncatan revolusi..lupakanlah anda telah menjadi seorang manusia berguna..
jika anda belum membuat kesilapan..belajarlah daripada pengalaman sekeliling serta bersyukurlah anda dhidupkan dengan orang sekeliling..
perhati,halusi serta fahami satu kehendak manusia sekeliling..penuhi untuk kebaikan bukan mencari kesesatan dan kejahilan..
jangan jadi bodoh, anda manusia dihadiakan akal..
pengajaranya..berfikirlah..fikir sebelum bertindak..fikir sebelum bercakap..
Wallahualam bisawwabb.. -___-

Sunday, November 27, 2011

~Sahabat Baikku~

Kawan yang baik tidak pernah mengumpat di belakang kawan baiknya.


Kawan yang baik tidak pernah cemburu dengan kejayaan kawan baiknya.


Kawan yang baik tak pernah mempengaruhi kawan baiknya untuk membuat perkara yang buruk dan sia-sia.


Kawan yang baik adalah orang yang selalu menasihati kawan baik nya untuk berbuat kebaikan.


Kawan yang baik adalah orang pertama yang akan dicari bila tiba masa sedih atau gembira.


Kawan baik menjadi tempat kita meluahkan perasaan yang tak dapat diluahkan kepada kawan biasa.

Kawan yang baik tak pernah memaksa kawan baiknya untuk sentiasa berada disisinya.

Kawan yang baik tak pernah melarang kawan baiknya untuk berkawan dengan kawan yang baik.

Kawan yang baik tak pernah cemburu jika kawan baiknya mempunyai ramai kawan baik, kerana kawan yang baik tahu apa yang paling baik untuk kawan baiknya.

Kawan yang baik akan sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan kawan baiknya di dunia dan di akhirat di dalam doanya.

Kita adalah kawan yang baik jika kita faham bahawa kawan baik kita bukanlah seorang yang sempurna.

Kita adalah kawan yang baik jika kita menjadi kawan yang baik kepada kawan baik kita.

Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak menghargai kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan sentiasa menghargai kawan baiknya.

Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak memberitahu perkara yang baik kepada kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan selalu menyampaikan perkara yang baik kepada kawan baiknya.

Wednesday, February 16, 2011

2 Oktober 2009 -suatu tragedi di smkasas-

Assalamualaikum..
hayyyiee...:-)

Pada suatu pagi yg indah lagi melaparkan....
Jam sudah menunjukkan 7.02 pagi (penulis reka-reka wktu untuk dpt feel)
Pagi ni makan  nsi impit dengan kuah kacang dengan rendang daging DM(dewan makan)..sedapnya!!


sarapan tidak boleh dibiarkan begitu saje..hehee
Penulis melihat-lihat pelajar yang turun ke dewan makan..(eh, ramai lagi la) smbil-sambil kelam kabut nak jemur baju dan tuala (biasalah kalau hari Jumaat nak jemur baju lewat2..) Bukannya apa subuh tu kelam sikit nak kejar bace sejadah (yeke?? bukan masbuq ke?? sempat sujud sejadah jekot..hahaa..)
Penulis pun membuka langkah seribu ke DM..urmm ramai lagi?? apa lagi jom makan!..sedap sungguh..seusai makan..(penulis antara org terakhir kuar dewan makan)..eh...

Kenapa sepi je??...Kenapa ade org buat barisan menjajar kat luar dewan makan ni??..gile ye?? ade protes ape-ape ke?? tak pun ade aktiviti asrama ke?? eh, harini kan jumaat ade perhimpunan rasmi..kenapa ni??
Aku pun terjenguk-jenguk dari dalam DM...Ustaz *****(nama dirahsiakan)..haha habislah kami semua...
Penulis dan beberapa orang rakan keluar dengan muka sepenuh cuakk...grrrr...

Kitorang pun ikut berbaris(takpe latihan kawad kaki..hehe)

Ustaz pun mule berucap...

Ustaz: awak tau pukul berape??
Kami semua: pukul 7 terlebih angke, ustaz,..(hehe dialog sesaje je)
Ustaz: okay, awk semua nampak tak kolam tu..(smbil menunjuk ke arah kolam aspura)
             saya nak awk semua masuk dlm kolam dan dtg sini balik dlm mase seminit!!!

apa lagi, kami pun lari lah..smpai di kolam ikan tu...
aik, xde air?? (penulis wktu tu nak msuk kolam tp deme xnak..penulis pun ikot je) ye juge kolam xde air lahh

Ustaz apelagiii marah la kitorg degil xnak buat hukuman..
adelah insan yang berani jawab..

"Ustaz, kolam takde air..."
"ohhh, kome nak air ye?? okayyy..."

hmm, kami terkedu! ahhahaaa...
USTAZ DAH BAIK BG HUKUMAN KAT KAMI CUMA KAMI XNAK IKOT..MAKANYAAA...
Yes!! mandi air kolammmmm
Ustaz pun mengarahkan seorang pengawas ptera...ISI AYOR KOLAM..AWEK KOME NAK MANDII..
HAHHAHA
 Dah terisi, kitorg punnn
diarahkan melalui kolam yg sudah terisi air tuuu..hehe abislah kasut, stokin serba putih, hujung kainnn..aiyyaaa
sejuk je rase kaki pagi tu..
YANG TAKK BESTTNYEEE...saje je pengawas2 putera yg berkaliber tu menonton drama yg berlaku..
MEREKA MEMANG KEJAMMM
lebih2 lagi kebanyakkan mereka adalah pelajar kelas penulis..
Ahhhahaaa..malunyerrr
Kan Ath****, Mal*** dan lain2 (sory ye name terpakse dirahsiakn) haha..
demi menjaga sensitiviti kaum..

Kami kembali ke tapak perhimpunan selepas selesai semua adengan tersebut dan berehat seketika di tandas bg sesi pengeringan...

Sampai di dewan besar sekolah(mstilah perhimpunan buat kat situ hari tu)..perhimpunan da abes yg tggl cuma soalan2 serba hot daripada rakan2 yg x brkaitan dengan hal kami..yelahhh..
Kami memberitahu bahawa kami telah mengalami saat-saat indah...
Kami tak rasa geram pun dengan hukuman tu sebab
Ustaz minta maaf dgn kami sebab terpakse buat mcm tu sebab nak berlaku adil (sebab biasenyakan aspura yg kene denda) hehehe
Dan ustaz berpesan jgn buat lagi dan ingat tarikh tersebut dan bersedia utk bercerita kat future husband nnt..hehehe
(banyaknya perkataan SEBAB??)

 Okay..pengajarannye jgnlah lggar peraturan asrama mahupun sekolah biarpun hanya TERRR...

Hahaaa..ni salah satu kenangan paling seronok penulis zaman sekolah dulu..yayyaaa...

wasalam..(^^,)



Sunday, February 13, 2011

sekolah menengah kebangsaan AGAMA...

SMKA SULTAN AZLAN SHAH...

Assalamualaikum:)
Penulis nak ceritakan pengalaman penulis sepanjang belajar di bumi SMKA...

Anda dapat apa dengan belajar di sekolah berasrama???
Anda dapat apa bila berjauhan dengan keluarga???
Anda dapat apa bila terpaksa melakukan aktiviti seharian..sendiri...umm??


1. Anda boleh berdikari.
2. Jimat duit minyak kerete/bas etc..etc..
3. Kurang pengaruh luar.
4. kekadang berita top2 pun xleh nak dengar( tule, takpe bace paper okay!)
5. tak payah nak basuh kasut setiap hujung minggu..kiwi je (kalu mals xpayah)

6. Anda dapat merase berbaris panjang utk makan
7. Anda puasa mee segera yg tak bagus utk otak (tu sekolah penulis la)
8 Anda dapat solat jemaah:D
9. Dapat buat qiyamulail tanpa rase malas nak bangun..
10. Anda dapat merase erti gotong royong setiap hujung minngguu..
11. Banyak sehingga tak terkata...

Apa faedah sekolah di SMKA..
ni semua pendapat penulis yang sudah 5 tahun di sana (skop lebih tertumpu pada sekolah penulis)


Ehhhhhhh, kenapa penulis tak malu nak mengaku penulis seorg bekas sekolah SMKA???

Yelaaahh apa pulak org kata nnt penulis ni bukannya nampak macam seorg pelajar SMKA pun.. tapi yg pasti penulis Alhamdulillah dapat kawal diri sebagai seorang Islam walaupun penulis tak perfect!!

Tulah sebabnya penulis berbangga dan bersyukur pernah sekolah di SMKA...


ada lah penulis post satu hari tu di FB..penulis tulis "Saya berbangga prnh sekola d smkasas".. ramai yang like tau post tu..huhu..
maknanya?? ramai yg suke skolah di skolah penulis tu( Aih, mcm promoter nampak! hehe)

Penulis syukur sangat sebab...
penulis dapat bnyak info tentang islam...(skrg ni cetek sgt tak tau pape pun)
solat jemaah...(haha, skrg no cment dah)
qiyamulail same2 paling syok pernah di sekolah ialah di dataran perhimpunan,,,sakit2 pale tau kene batu..tapi semua kerana Allah..(alhamdulillah)..
luas pengalaman kan??
yg bestnya..diri jd islamik sikit..(tapi penulis biasa2 orgnya.))

HAaaa!! sebab org mcm penulis nilah org pndg rendah kat SMKA..kenapalahhhh!!

*******************************tapi, jgn salah anggap..semua ilmu ustz ustzh bg utk jd org islam sejati..terima kasih sgt2..tapi tak salah semua tu..ilmu bg dah cukup tapi diri kita masing2 yg tentukan hidup...selesai tamat persekolahan mcm tulah jadinya, tuddung labuh xpakai dah..stokin xpakai daahh..(penulis tergolong taw)..so pleaselahhhh jangan kutuk smka..jgn jugak kutuk kitorg..sebab tak baik mengutuk=)..hehehe...tu semua terpulang ke atas individu masing2..ada yg nak ikut..ikut..bgoslah.. tapi bg penulis mungkin tak sampai lagi...(doalah yg terbaik utk semua..sob..sob)..

dannnn, x semestinya sekolah SMKA baru jd alim dan jd islam sejati...takkk...sape kate ye?? nak kene ketuk ni..(tarik telinga sekali..huhu..)..semua org tak kira tempat boleh jadi...
cume masuk SMKA ni sebagai satu langkah..satu cara..humm..(setuju tak??) ghehe...

okaylah..penulis post entry kali ni sebab penulis bersyukur sangat2 sebab pernah masuk sekolah penulis ni.. sekolah yg bertitle SMKA..
 huhuuu..stengah org tak dapat mengaku tau.. tak baikk..(walaubagaimanapun diri kita sekarang, sekiranya ada yg rosak, bukan salah sekolah, bukan salah pengetua, ust ustazah dan ckgu2 kawan2 semualah..tapi salah kita sendiri...

okay nice to post this entry...huhu



best tau sesi muhasabah or tzkirah
or ceramah or apa-apa di SMKA
ukwah kitorg memang tip top! (ceh,menipu je..eh?? eh mane ade tipu..betul ni..hehe)

***eh ape itu ukhwah??
x reti penulis nak cerita tapi...kita tengok perbualan ni..
sahabat: Qis...kamu rase ape tu sahabat, ape tu kawan. ape tu teman??
penulis: eh. kenapa ****(nama shbt dirahsiakan) ckp mcm tu??hehe tetibe je..
sahabat: org tnye,,jwb la..
penulis: okay2..hum ni pendapat kite(bhse diri di asrama..hehe) la..ehmm sahabat tu semua...
sahabat: qis, xpahamle..(le..is bota version)
penulis: semua tu kawan, teman, sahabat..sahabat ni ade waktu kita sihat sakit..xde dia tggl kite terkonteng2 sorg diri..
sahabat: oh..kalu macam tu.. qis, kamule sahabat kite..

....penulis merase bangge seketike...teettttt..hehe



"sape kate SMKA tak leh jalan2 mcm ni..xleh gaye2?? hehe"

Tuesday, February 8, 2011

capal gua!



TERSENYUM malu penulis nak cerita pasal post kali ini. Hahaha...

Tiba-tiba penulis merenung kaki penulis yang sedang memakai capal ini ataupun panggilan paling mudah dan senang adalahhh...SELIPAR... tapi apa salahnya kalau harini penulis nak katakan benda ni sebagai capal.

CAPAL ni memang banyak sangat kenangannya. Luas pula pengalamannya. Jauh perjalanan luas pengalaman...betul kan??

Kisah Capal penulis ni bermula daripada sebuah daerah di negeri Perak..daerah Manjung,, pada 18 haribulan 12 tahun 2010...penulis membelinya di sebelah kedai toko buku (penulis beli novel karya Aisya Sofea di situ btjuk Masih Setia:)..tapi tu cite lainlah)..Kemudian bermulalah kisah si capal yang dipakai di dalam kereta Waja(milik bapa kepada sahabat penuli..hehe)

Kisah si capal dilanjutkan lagi ke Teluk Batik. saja-saja jalan di situ sebab keluarga sahabat penulis nak bawak penulis pegi jalan-jalan=)..hehe seronoknya! merasalah si capal berjalan di atas pasir pantai..hehe happy je si capal sebab dapat jalan-jalan.

Ehmm..selepas 2 hari penulis menginap di rumah sahabat penulis, penulis pun mengucapkan babai kepada semua org,,,dan terima kasih..si capal pun happy sebab nak jejak kat rumah penulis pula.

Pada 20 haribulan 12 pada tahun yang sama...penulis sayang sangat pada si capal. itulah penulis pakai si capal untuk bertolak ke Pontian, Johor...Jauhnya perjalanan si capal! Humm.. Keesokkannya pula si capal telah ke luar negeri..nak tahu kat mana??

Hemm..Singapura mengalu-alukan kami sekeluarga.. dan menerima si capal untuk menyentuh Tanah Singapura itu...bestnya si capal! beruntung sungguh.. si capal juga melangkah dalam bas singapura-larkin experesss...yeke? penulis lupa la nama bas tu. Yang pasti kami bertolak dari Larkin, Johor.

Berjalan-jalan di singapura!!! Wahh..(tapi dalam hati lagi seronok jalan-jalan di KL).. si capal pun berjalan-jalan dengan penulis di bumi asing tu(ceh, poyo je).. Berjalan-jalan sampai tak ada selera nak beli apa-apa( takde selera ke terkejut tengok harga??hehe)..eh, tapi betullah penulis memang x berminat nak beli apa-apa pun.

Si capal akhirnya break seketika untuk membiarkan penulis menyantap lunch!huhu..semua untuk 7 org makan tengahari yang x bernasi (maksudnya kami makan mee rebus dengan milo ais) hanya 30 lebih dolar sgapura,,,agak-agak tak lebih tak kurang RM90..hehe sedap lunch haritu(perli je).

Si capal berasa letih..apatah lagi penulis yang drive si capal selama ni. huhu... Jenuh la kami nak cari arab street..tak pun nak cari musta...eh lupa lah nama mall tu..pusing sana pusing sini, tak jumpa-jumpa (pengajarannya kene bawak GPS selalu..)

Akhirnya jumpa=)..haha tapi da lewat petang..pukul 5 dah..humm baliklah..nanti terlepas bas! Kasihan si capal..mesti tapaknya haus sebab penulis pun tekaknya haus.

Sampai di Larkin selepas keluar dari Singapura(nasihat penulis, seronok lagi kat KL=)) barulah kami solat jamak ta akhir asar zohor di stesen bas. terima kasih si capal kerana bawa penulis untuk tunaikan solat.

Cukuplah untuk haritu, sebab nak bagitahu juga yang si capal juga telah pergi ke Kelantan (kampung penulis) saja-saja balik kampun untuk habiskan cuti akhir tahun. Kat Kelantan, apa lagi...si capal cukup gembira kerana sudah berjalan jauh..

Pada 23 januari 2011 pula si capal telah berkunjung ke teluk Intan..mula-mula si capal pergi ke hospital (tempat kelahiran penulis(^^,)) untuk melawat tok sedara penulis.. selepas tu kami berkunjung ke masjid teluk intan untuk solat maghrib. Lamanya sudah tak kemari...!! terima kasih si capal!! sebab dapat penulis bersolat.

Selepas tu si capal meneruskan perjalan ke Giant teluk intan, sebab dah lama tak mengunjung teluk intan, itulah pertama kali penulis masuk. Bersama si capal! penulis beli handphone..hehe penulis gembira si capal pun begitu.

Humm akhir-akhir ni pula kami sekeluarga pergi berkelah di Sg.Klah, Sungkai,Perak...si capal tetap bersamaku. Merasa jugalah si capal air sungai sungkai dan berjalan pula di tepi sungai. Uh, merasa pula si capal dengan pasir sungai! beruntung benar si capal!

inilah sungai yang pernah dikunjungi si capal=)

Luas pengalaman jauh berjalan dan entah apa-apa lagi yang si capal pernah merasai.. tapi ada satu hari penulis berkunjung ke KL, penulis tak pula menyarung si capal..si capal sudah uzur. Penulis pula makin matang. takkanlah nak berjalan-jalan dengan selipar lagi. pakailah kasut. si capal sudah mula dilupai..

TAPI, si capal amat bermakna bagi penulis(sebab dapat masuk dalam blog) hehe.. Apa-apa pun si capal merupakan pilihan sahabat penulis, Norhaniza Roselee sewaktu nak memilih gerangan selipar yang akan menjadi si capal gua! (thanks, za sebab pilihkan si capal yang menarik ni..suke3..hehe)

Si Capal, I Love U so Muchhhhhhhhhhhh!!!