fireworks

Tuesday, February 8, 2011

capal gua!



TERSENYUM malu penulis nak cerita pasal post kali ini. Hahaha...

Tiba-tiba penulis merenung kaki penulis yang sedang memakai capal ini ataupun panggilan paling mudah dan senang adalahhh...SELIPAR... tapi apa salahnya kalau harini penulis nak katakan benda ni sebagai capal.

CAPAL ni memang banyak sangat kenangannya. Luas pula pengalamannya. Jauh perjalanan luas pengalaman...betul kan??

Kisah Capal penulis ni bermula daripada sebuah daerah di negeri Perak..daerah Manjung,, pada 18 haribulan 12 tahun 2010...penulis membelinya di sebelah kedai toko buku (penulis beli novel karya Aisya Sofea di situ btjuk Masih Setia:)..tapi tu cite lainlah)..Kemudian bermulalah kisah si capal yang dipakai di dalam kereta Waja(milik bapa kepada sahabat penuli..hehe)

Kisah si capal dilanjutkan lagi ke Teluk Batik. saja-saja jalan di situ sebab keluarga sahabat penulis nak bawak penulis pegi jalan-jalan=)..hehe seronoknya! merasalah si capal berjalan di atas pasir pantai..hehe happy je si capal sebab dapat jalan-jalan.

Ehmm..selepas 2 hari penulis menginap di rumah sahabat penulis, penulis pun mengucapkan babai kepada semua org,,,dan terima kasih..si capal pun happy sebab nak jejak kat rumah penulis pula.

Pada 20 haribulan 12 pada tahun yang sama...penulis sayang sangat pada si capal. itulah penulis pakai si capal untuk bertolak ke Pontian, Johor...Jauhnya perjalanan si capal! Humm.. Keesokkannya pula si capal telah ke luar negeri..nak tahu kat mana??

Hemm..Singapura mengalu-alukan kami sekeluarga.. dan menerima si capal untuk menyentuh Tanah Singapura itu...bestnya si capal! beruntung sungguh.. si capal juga melangkah dalam bas singapura-larkin experesss...yeke? penulis lupa la nama bas tu. Yang pasti kami bertolak dari Larkin, Johor.

Berjalan-jalan di singapura!!! Wahh..(tapi dalam hati lagi seronok jalan-jalan di KL).. si capal pun berjalan-jalan dengan penulis di bumi asing tu(ceh, poyo je).. Berjalan-jalan sampai tak ada selera nak beli apa-apa( takde selera ke terkejut tengok harga??hehe)..eh, tapi betullah penulis memang x berminat nak beli apa-apa pun.

Si capal akhirnya break seketika untuk membiarkan penulis menyantap lunch!huhu..semua untuk 7 org makan tengahari yang x bernasi (maksudnya kami makan mee rebus dengan milo ais) hanya 30 lebih dolar sgapura,,,agak-agak tak lebih tak kurang RM90..hehe sedap lunch haritu(perli je).

Si capal berasa letih..apatah lagi penulis yang drive si capal selama ni. huhu... Jenuh la kami nak cari arab street..tak pun nak cari musta...eh lupa lah nama mall tu..pusing sana pusing sini, tak jumpa-jumpa (pengajarannya kene bawak GPS selalu..)

Akhirnya jumpa=)..haha tapi da lewat petang..pukul 5 dah..humm baliklah..nanti terlepas bas! Kasihan si capal..mesti tapaknya haus sebab penulis pun tekaknya haus.

Sampai di Larkin selepas keluar dari Singapura(nasihat penulis, seronok lagi kat KL=)) barulah kami solat jamak ta akhir asar zohor di stesen bas. terima kasih si capal kerana bawa penulis untuk tunaikan solat.

Cukuplah untuk haritu, sebab nak bagitahu juga yang si capal juga telah pergi ke Kelantan (kampung penulis) saja-saja balik kampun untuk habiskan cuti akhir tahun. Kat Kelantan, apa lagi...si capal cukup gembira kerana sudah berjalan jauh..

Pada 23 januari 2011 pula si capal telah berkunjung ke teluk Intan..mula-mula si capal pergi ke hospital (tempat kelahiran penulis(^^,)) untuk melawat tok sedara penulis.. selepas tu kami berkunjung ke masjid teluk intan untuk solat maghrib. Lamanya sudah tak kemari...!! terima kasih si capal!! sebab dapat penulis bersolat.

Selepas tu si capal meneruskan perjalan ke Giant teluk intan, sebab dah lama tak mengunjung teluk intan, itulah pertama kali penulis masuk. Bersama si capal! penulis beli handphone..hehe penulis gembira si capal pun begitu.

Humm akhir-akhir ni pula kami sekeluarga pergi berkelah di Sg.Klah, Sungkai,Perak...si capal tetap bersamaku. Merasa jugalah si capal air sungai sungkai dan berjalan pula di tepi sungai. Uh, merasa pula si capal dengan pasir sungai! beruntung benar si capal!

inilah sungai yang pernah dikunjungi si capal=)

Luas pengalaman jauh berjalan dan entah apa-apa lagi yang si capal pernah merasai.. tapi ada satu hari penulis berkunjung ke KL, penulis tak pula menyarung si capal..si capal sudah uzur. Penulis pula makin matang. takkanlah nak berjalan-jalan dengan selipar lagi. pakailah kasut. si capal sudah mula dilupai..

TAPI, si capal amat bermakna bagi penulis(sebab dapat masuk dalam blog) hehe.. Apa-apa pun si capal merupakan pilihan sahabat penulis, Norhaniza Roselee sewaktu nak memilih gerangan selipar yang akan menjadi si capal gua! (thanks, za sebab pilihkan si capal yang menarik ni..suke3..hehe)

Si Capal, I Love U so Muchhhhhhhhhhhh!!!

2 comments:

  1. wa,,capal kw lg byk pengalamn dri ak...siap gi overc lgi~,,capal..capal....^_^

    ReplyDelete
  2. bnyak pengalaman pun akhirnya ke tong smpah jugak..xpun kene bakar..bersyukurlah kita manusia, pada akhir hayat pun disolatkan..
    hahahhahuahuhaua....
    hahaaha sejak bile aku reti cakap2 mcm ni..?? hehehe

    ReplyDelete